Bagi mengelakkan Anfaal dan Hanan melekat sahaja di hadapan peti elektronik itu maka saya pun mengajak anak-anak saya melakukan aktiviti kraftangan iaitu membuat penanda pintu bilik daripada tanah liat polimer. Proses hendak membuat penanda pintu tidaklah susah pun kerana ia dalam bentuk kit siap yang telah saya beli di sebuah kedai kraftangan. Kedai The Craft Workshop ini saya temui secara kebetulan semasa pulang daripada Hospital Pantai selepas salah satu sesi temujanji saya di sana. Kedai tersebut begitu menarik perhatian dan menjual banyak bahan kraftangan. Pemilik kedai mencadangkan saya membeli kit tanah liat yang comel berharga RM18.90 itu berdasarkan usia anak-anak saya. Apabila saya tunjukkan sahaja kit tersebut kepada Anfaal dan Hanan, mereka begitu teruja dan tidak sabar-sabar lagi hendak memulakan projek. Kit tanah liat ini memang mudah digunakan oleh kanak-kanak di bawah pengawasan dan bimbingan ibu bapa. Cuma perlu bancuhkan serbuk tanah liat, masukkan ke dalam acuan, tunggu sehingga kering dan warnakan ikut kreativiti, kemudian taburkan "glitter".
Masing-masing sedang tekun mewarna tetapi terpaksa bergilir-gilir sebab berus hanya ada satu.
Tadaaa..sudah siap pun penanda pintu bilik Anfaal dan Hanan. Selepas warna dan "glitter" kering sepenuhnya bolehlah tuliskan nama Anfaal dan Hanan menggunakan pen penanda berdakwat kekal.
2 comments:
cantik...hehe
MasyaAllah..nama saya pun Anfaal :) Susah nak cari orang yang bernama Anfaal kat Malaysia ni. :)
Harap2 Anfaal di sana sihat disamping keluarga yang tersayang. :))
Post a Comment