Friday, January 23

Rakyat Peghak bersamamu Palestin

Kami sekeluarga sempat menghadiri Malam Solidariti Kemanusiaan Palestin di bangunan masjid sementara bersebelahan Stadium Manjung malam kelmarin walaupun sedikit kalut kerana baba sampai di rumah menjelang maghrib. Ada mesyuarat di maktab dan habisnya pula lewat petang. Selesai solat dan menjamah makanan pasar malam kami bertolak ke Manjung menaiki MyVi Aiman dan Sarah bersama 'baby' Nur. Perancangan asal malam tersebut adalah usrah kami manakala saya, Sarah dan Ija sepatutnya pergi menaiki Gen 2 Kak Tah namun Allah ada perancangan lain untuk kami. Seronok juga apabila 2 keluarga kecil 'travel' bersama.

Alhamdulillah saya anggarkan lebih 200 orang telah hadir ke program malam itu. Pelbagai risalah diedar dan sepanduk Palestin telah dipamerkan. Golongan warga emas, dewasa sehingga kanak-kanak dan bayi turut hadir memberi sokongan.
Ya, semua golongan lapisan masyarakat MESTI didedahkan dengan isu ini. Anak-anak kita juga patut dididik supaya bersifat peduli ummah sejak daripada kecil.










Baba sedang mempromosikan buku-buku Palestin.
Anfaal yang sudah mengantuk.


No comments: