Tentang kehidupan, impian dan manifestasi lafaz ikrar kita setiap hari terhadap Yang Maha Pencipta
Friday, February 12
Saturday, February 6
Beberapa Perkara
Sedar tidak sedar sudah melangkah ke bulan kedua kita dalam tahun ini. Begitu cepatnya masa berlalu. Hampir dua bulan setelah pembedahan lutut kiri saya. Alhamdulillah, keadaan semakin baik tetapi ia perlu masa sekurang-kurangnya tiga bulan lagi untuk pulih sepenuhnya. Ubat yang mesti diambil 2 biji sehari pun ada 2 kotak lagi. Kadangkala saya terlepas juga makan ubat tersebut. Apabila semester akademik bermula bermakna ia waktu marathon bagi semua perkara. Adakala terasa, ya Allah..berikan saya waktu rehat sebentar untuk menghela nafas dan menyantuni diri sendiri. Beratnya tanggungjawab menjadi isteri dan ibu lebih-lebih lagi pada zaman ini.
Beberapa perkara mengganggu emosi saya dalam sebulan dua ini. Anfaal dan Hanan yang semakin membesar semakin banyak keletah dan eksperimennya. Tiga minggu pertama sesi pra-sekolah tahun ini, Anfaal hadapi masalah menyesuaikan diri dengan guru-guru dan rakan-rakan baru di tadikanya. Jenuh juga saya dan babanya memujuk. Susah hati juga kami memikirkan hal tersebut. Alhamdulillah setelah pelbagai pendekatan digunakan sekarang Anfaal sudah ok, seronok ke tadika dan bersemangat untuk belajar.
Minggu lalu saya mendapat berita buruk tentang pelajar yang juga merupakan anak usrah saya. Beliau telah disahkan menghidap kanser hodgkin lymphoma. Kasihan dan simpati pada keadaannya yang terpaksa menangguh pengajian kerana perlu mengikuti sesi kimoterapi. Ibarat cubit peha kiri, peha kanan juga terasa sakitnya. Saya akan sentiasa mendoakan dirinya agar kuat menghadapi ujian ini dan sembuh seperti sediakala insyaAllah. Setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmahnya. Beliau telah dipilih oleh Allah dan Allah tidak pernah menganiaya hamba-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)