Tentang kehidupan, impian dan manifestasi lafaz ikrar kita setiap hari terhadap Yang Maha Pencipta
Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts
Thursday, October 21
ETS, pantas tetapi...
Penat baru pulang daripada berkursus di Jawi hujung minggu lalu belum pun hilang. Pulang bekerja keesokan harinya dimaklumkan yang saya perlu menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pula. Allah! Saya hanya mampu mengeluh tetapi akur juga kerana sudah tugas dan amanah. Dalam pada itu saya turut teruja sebab inilah peluang untuk mencuba perkhidmatan ETS (Electric-Train-Set) yang menjadi bualan orang sekarang ini. Tiketnya boleh tahan..boleh tahan mahalnya seperti yang diperkatakan. Saya memilih tren pada waktu pagi buta jam 4.10 pagi dari Batu Gajah ke KL Sentral. Ternyata ETS memang menepati waktu dan bergerak lebih laju daripada tren biasa. Cuma bagi saya kurang sedap mata memandang kerana petugas-petugas wanita yang berperanan sebagai pramugari di dalam tren berpakaian ketat dan tidak menutup aurat. Saya tertanya-tanya di dalam hati, imej apakah yang hendak ditonjolkan oleh pengurusan ETS dengan uniform yang sebegitu rupa? Saya yakin tidak ada ruginya jika pengurusan ETS mensyaratkan semua petugas wanita Islam berpakaian sopan dan menutup aurat. Semasa perjalanan pulang juga tidak ada beza. Bahkan agak teruk kerana laluan ke platform ETS di stesen KL Sentral tidak dibuka sedangkan tren sudahpun tiba. Akibatnya ada penumpang yang nyaris-nyaris terlepas menaiki tren. Tidak pasti kebenarannya tetapi berdasarkan pemerhatian saya seakan ada konflik pula antara staf pengurusan tren KTM biasa dengan staf tren ETS. Mungkin itu hanya pandangan peribadi saya namun mengambil kira faktor perkhidmatan ETS yang masih baru beroperasi maka kekurangan itu bolehlah dimaafkan dengan harapan ia akan semakin dipertingkatkan seiring berlalunya masa.
Thursday, August 5
Light Up The Spirit Of Ramadhan
Got this article from my e-mail inbox and find it worth for sharing. May all of us gain as much as we can from this coming Ramadhan Al Mubarak. Ahlan ya Ramadhan!
Turn off that stove!
I was once complaining to a friend of mine about how so many Muslim women seem to miss the blessings of Ramadan because of the overemphasis on great food at Iftar time. While I attributed this to a lack of consideration for the needs of women, my friend shared an interesting story.
She was originally from Egypt, and she recounted how her mother and the women in her neighborhood actually competed with each other in Ramadan over food. In other words, they vied for the title of "maker of the best Ka'k (cookies) this side of Alexandria." And this was despite the fact that male family members and even the Imam were encouraging women to share in the blessings of the month through prayer and mosque participation.
This Ramadan, let's remove our inner and outer obstacles to spiritual success.
At the inner level, let's start by ditching any feelings of guilt, competition or jealousy we may have for other sisters. You know who I'm talking about: the ones who can whip up a five-course Iftar plus dinner faster than you can say "what should I make for supper tonight?"The ones who can hold a full-time job, ferry their kids to extra-curricular activities and still hold grand Iftar parties at their homes.
Now we're ready to do something about the biggest outer obstacle to spiritual success every Ramadan: our families. We love them and yes, their demands for food high in fat, salt and sugar can be indulged once in a while in Ramadan. But doing this every Iftar seems to defeat the purpose of fasting in the first place. Remember, it's about self-control, even after we're allowed to eat.
Here is an eight-step plan to help you gain more time in Ramadan for spiritual success:
So go ahead. Turn off that stove and call that meeting!
Turn off that stove!
An eight-step Ramadan plan for sisters
Sister SoundVision Staff Writer
If you're in charge of cooking in your household, and it's usually women around the world who are, then you can feel like most of your Ramadan is spent over a hot stove instead of on a prayer mat.I was once complaining to a friend of mine about how so many Muslim women seem to miss the blessings of Ramadan because of the overemphasis on great food at Iftar time. While I attributed this to a lack of consideration for the needs of women, my friend shared an interesting story.
She was originally from Egypt, and she recounted how her mother and the women in her neighborhood actually competed with each other in Ramadan over food. In other words, they vied for the title of "maker of the best Ka'k (cookies) this side of Alexandria." And this was despite the fact that male family members and even the Imam were encouraging women to share in the blessings of the month through prayer and mosque participation.
This Ramadan, let's remove our inner and outer obstacles to spiritual success.
At the inner level, let's start by ditching any feelings of guilt, competition or jealousy we may have for other sisters. You know who I'm talking about: the ones who can whip up a five-course Iftar plus dinner faster than you can say "what should I make for supper tonight?"The ones who can hold a full-time job, ferry their kids to extra-curricular activities and still hold grand Iftar parties at their homes.
Now we're ready to do something about the biggest outer obstacle to spiritual success every Ramadan: our families. We love them and yes, their demands for food high in fat, salt and sugar can be indulged once in a while in Ramadan. But doing this every Iftar seems to defeat the purpose of fasting in the first place. Remember, it's about self-control, even after we're allowed to eat.
Here is an eight-step plan to help you gain more time in Ramadan for spiritual success:
- -Call a family meeting-today. We've got barely a week until Ramadan begins. Choose a day and time when everyone can be present.
- -Serve a sample Iftar menu at the meeting (I'll explain why in point 3)
- -Start off the meeting with the food. Then once everyone is comfortable, explain very kindly that you will only be making this food five times this Ramadan: once a week and once when guests are invited over.
- -When the news has sunk in, explain further to your family that you would like Ramadan to be a time for becoming closer to Allah. You cannot do this if you have to spend most of your time cooking and cleaning up after everyone. Be firm but polite.
- -Discuss the Ramadan meal plan. Ask everyone to share what kind of dishes they would like to eat that are healthy.
- -Once all the ideas are in, establish a cooking and cleaning schedule so that everyone pitches in. Explain that while you will still be doing the main cooking, other family members will have to help either with pre-Iftar arrangements (setting table, calling everyone, etc.) or post-Iftar ones (washing dishes/loading dishwasher, wiping counters, sweeping, etc.).
- -Enforce the schedule by rewarding children. For younger kids, a chore chart with a sticker for each day of help offered could work, as well as a small toy or gift at the end of every successful two-week period. For older kids, you could promise to spend a whole day with them doing something they enjoy after Ramadan or extend a privilege they have (e.g. access to the car if they drive).
- -For husbands, express your appreciation verbally by saying thank you and explaining how the extra help is a real spiritual boost.
So go ahead. Turn off that stove and call that meeting!
Saturday, June 26
Apabila Mama Yang Tidak Sihat
Kalau anak-anak sakit atau tidak sihat, mama dan baba boleh jaga. Paling tidak boleh bergilir-gilir berjaga pada waktu malam kalau perlu. Kalau baba yang tidak sihat pun tidak jadi masalah besar sangat sebab selalunya golongan bapa ini jarang jatuh sakit. Tetapi apabila mama yang tidak sihat, haru-biru juga urusan anak-anak. Bukan hendak menafikan peranan golongan bapa tetapi lazimnya perkara-perkara terperinci tentang urusan anak-anak dan hal ehwal rumahtangga diuruskan oleh ibu. Di mana letak baju sekolah anak? Berapa helai baju yang perlu dibawa ke rumah pengasuh? Golongan bapa jarang ambil pusing soal-soal remeh sebegitu. Oleh sebab itu lah saya selalu berdoa agar Allah pelihara kesihatan saya. Bukan kerana saya takut sakit tetapi saya bimbang kalau saya sakit atau tidak sihat, kasihan kepada suami dan anak-anak. Saya yakin naluri ibu majoritinya begitu. Mendahulukan keperluan keluarga berbanding diri sendiri. Mujurlah ketika saya tidak sihat selama beberapa hari baru-baru ini akibat sakit kepala dan gastrik yang teruk saya masih sedang bercuti. Jika tidak, bertambah lagi susah hati kerana tugasan di tempat kerja pula tertangguh dan tidak selesai. Apapun saya redha dengan penyakit dan gangguan kesihatan yang berlaku. Penyakit juga salah satu kifarah atas apa jua dosa yang telah dilakukan. Hakikatnya, kita hanya insan lemah lagi rapuh yang berhak diperlakukan oleh Allah menurut ketentuanNya. Pasti segala ketentuanNya adalah yang terbaik buat kita. Alhamdulillah.
Friday, June 4
Menarik juga IIUM. fm
Buat para penagih Internet yang kerap melayari laman web, sekarang boleh lah berbuat demikian sambil mendengar radio Internet Universiti Islam Antarabangsa. Bagi saya ia merupakan satu lagi alternatif siaran radio yang baik dan memperdengarkan hiburan mendidik jiwa. Syabas kepada mereka di sana yang berusaha mewujudkan radio ini. Semasa memandu kereta memang 'by default' frekuensi yang menjadi pilihan saya ialah 102.7 tetapi di rumah kami tidak ada radio jadi sekarang boleh dengar radio IIUM. fm di komputer ini. Bukan senang hendak jaga sepasang telinga ini supaya mendengar perkara yang baik-baik sahaja. Hendak jaga hati kena lah bermula dengan jaga lima deria yang Allah anugerahkan.
Saturday, February 6
Beberapa Perkara
Sedar tidak sedar sudah melangkah ke bulan kedua kita dalam tahun ini. Begitu cepatnya masa berlalu. Hampir dua bulan setelah pembedahan lutut kiri saya. Alhamdulillah, keadaan semakin baik tetapi ia perlu masa sekurang-kurangnya tiga bulan lagi untuk pulih sepenuhnya. Ubat yang mesti diambil 2 biji sehari pun ada 2 kotak lagi. Kadangkala saya terlepas juga makan ubat tersebut. Apabila semester akademik bermula bermakna ia waktu marathon bagi semua perkara. Adakala terasa, ya Allah..berikan saya waktu rehat sebentar untuk menghela nafas dan menyantuni diri sendiri. Beratnya tanggungjawab menjadi isteri dan ibu lebih-lebih lagi pada zaman ini.
Beberapa perkara mengganggu emosi saya dalam sebulan dua ini. Anfaal dan Hanan yang semakin membesar semakin banyak keletah dan eksperimennya. Tiga minggu pertama sesi pra-sekolah tahun ini, Anfaal hadapi masalah menyesuaikan diri dengan guru-guru dan rakan-rakan baru di tadikanya. Jenuh juga saya dan babanya memujuk. Susah hati juga kami memikirkan hal tersebut. Alhamdulillah setelah pelbagai pendekatan digunakan sekarang Anfaal sudah ok, seronok ke tadika dan bersemangat untuk belajar.
Minggu lalu saya mendapat berita buruk tentang pelajar yang juga merupakan anak usrah saya. Beliau telah disahkan menghidap kanser hodgkin lymphoma. Kasihan dan simpati pada keadaannya yang terpaksa menangguh pengajian kerana perlu mengikuti sesi kimoterapi. Ibarat cubit peha kiri, peha kanan juga terasa sakitnya. Saya akan sentiasa mendoakan dirinya agar kuat menghadapi ujian ini dan sembuh seperti sediakala insyaAllah. Setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmahnya. Beliau telah dipilih oleh Allah dan Allah tidak pernah menganiaya hamba-Nya.

Wednesday, January 6
Memberi Untuk Menerima
Ketika di hospital tempoh hari saya habiskan banyak masa dengan membaca. Mungkin itu antara hikmahnya kerana sebelum ini saya selalu berharap agar saya punya masa yang lebih panjang untuk membaca. Rutin harian yang dipenuhi pelbagai tuntutan menyebabkan saya jarang dapat menghabiskan masa yang panjang untuk membaca. Dua naskah majalah, dua buah buku dan dua naskah akhbar telah saya baca dari kulit ke kulit sepanjang berada di wad. Seronoknya dapat membaca secara berterusan tanpa gangguan.
Topik utama "Hidup Untuk Memberi" dalam majalah Solusi yang saya baca mengetuk minda saya supaya pada tahun baru ini saya lebih banyak memberi daripada menerima. Mengambil iktibar daripada kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa memberi bukan sahaja sewaktu senang malah sewaktu Baginda susah membuatkan saya terasa malu dengan diri sendiri. Iyalah, pada zaman dahulu, Baginda cuma makan roti, tamar dan tidur pula di atas tanah tetapi Baginda tidak putus-putus memberi. Diriwayatkan bahawa pemurahnya sifat Rasulullah menyumbang kebajikan lebih kencang daripada angin yang kencang. Sedangkan kita pula pada zaman ini dapat makan yang sedap-sedap sehingga membazir dan tidur di atas tilam yang empuk namun masih berat tangan untuk memberi. Alangkah bahagianya dunia ini jika semua insan lebih pentingkan bagaimana untuk memberi berbanding bagaimana untuk mendapatkan.
"We are here to complete not to compete"
"What you give you get back"
"No man becomes rich unless he enriches others"
"We make a living by what we get but we make a life by what we give"
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Allah berfirman, 'Berinfaklah, nescaya Aku akan memberi nafkah kepadamu.' Rasulullah kemudian berkata, "Tangan Allah sentiasa berisi penuh dan tidak akan pernah habis meskipun dinafkahkan siang dan malam. Apakah kalian mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh Allah sejak Dia menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di tangan-Nya tidak akan pernah habis. Singgahsana-Nya ada di atas air, dan di tangan-Nya ada timbangan.'"
(Riwayat al-Bukhari)
Wednesday, December 2
Berita Baik
Mungkin bagi orang lain hal ini bukanlah perkara besar. Saya baru mendapat maklumat yang Malaysia telah menghasilkan keju buatan Muslim yang halal lagi toyyib. Maklumat ini saya perolehi daripada majalah Anis edisi Disember yang turut memaparkan resepi-resepi menarik dan mudah berasaskan keju. Sebenarnya saya bukanlah suka sangat makan keju. Kalau sudah lidah belacan dan tempoyak tetaplah seleranya begitu. Cuma sekali sekala teringin hendak masak kek keju atau makanan yang ada keju. Dengan adanya keju berjenama D'Qisra Tja Cheez ini masyarakat Islam tidak perlu rasa ragu-ragu lagi untuk membeli keju. Cuma buat masa ini pasaran keju Tja ini tidaklah seperti jenama keju lain seperti Cheesdale yang mudah didapati di mana-mana pasaraya. Namun tidak mustahil jenama ini mampu berada sebaris dengan jenama keju yang sedia ada jika kita pengguna Islam memberikan sokongan padu.
Apa yang lebih membanggakan saya ialah teknologi ini dipelopori oleh orang Islam. Setelah meneliti laman web D'Qisra barulah saya tahu rupa-rupanya ladang keju ini terletak di negeri kelahiran saya sendiri. Kalau berkesempatan nanti bolehlah singgah di Janda Baik untuk melihat sendiri proses keju ini dihasilkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)