Memang sudah lama saya teringin hendak ke Langkawi. Sejak baru lepas mendirikan rumah tangga sehingga kini sudah beranak dua barulah hasrat itu tercapai..alhamdulillah. Seumur hidup saya inilah kali pertama sampai ke sana (kesian saya!). Pergi pula pada masa yang semuanya sudah mahal. Kalau beberapa tahun dahulu harga tiket feri ke Langkawi cuma RM12 tapi sekarang sudah menjangkau RM20. Hendak naik kereta kabel di Gunung Mat Chincang, seorang dewasa dikenakan tiket RM15. Pendek kata semua tempat tarikan pelancong di Langkawi adalah berbayar! Mujurlah bersiar-siar dan mandi di pantai tidak dikenakan bayaran. Kadar sewa hotel dan chalet juga naik melambung-lambung pada musim cuti begini.
Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan program cuti-cuti 3 hari 2 malam kami ke Langkawi memang menyeronokkan. Cuma hajat hendak mengikuti 'island hopping' tidak kesampaian kerana faktor masa yang tidak mengizinkan. Apapun kami berpuas hati sebab boleh dikatakan satu pulau kami sudah pusing. Kalau mahu meneroka semua tempat memanglah tidak sempat. Bagi saya Langkawi memang sebuah lokasi pelancongan yang sangat menarik dan ciptaan Allah yang amat indah tetapi kalau diberi peluang untuk menetap di sana rasanya saya akan berfikir sepuluh kali terlebih dahulu. Melancong ke sana beberapa hari mungkin seronok tetapi untuk 'terperap' di sebuah pulau untuk bertahun-tahun lamanya...hmm, itu memang bukan saya.
Bermain pasir di Pantai Cenang.
Wildlife Park - salah sebuah tempat yang saya syorkan sesuai untuk bawa anak-anak kecil.
Seram dan gayat juga menaiki kereta kabel. Kami naik bersama sepasang pelancong dari Peghancis.
Anfaal dan Hanan di hadapan chalet tempat kami menginap - Desa Motel di Pantai Cenang. Terima kasih kepada pemiliknya kerana menyediakan tempat yang sangat selesa dan berpatutan.
No comments:
Post a Comment