Tuesday, May 4

Masa Untuk Masa Berkualiti

Menurut seorang ustaz yang juga merupakan pakar motivasi yang saya dengar ceramahnya di radio IKIM.fm, ibu bapa hendaklah memperuntukkan masa untuk beraktiviti bersama anak-anak. Sebagai contohnya pergi berkelah, riadah bersama, membaca, menonton televisyen bersama, melancong dan macam-macam lagi. Aktiviti ini khusus untuk menzahirkan perasaan kasih sayang dan ambil berat terhadap anak-anak. Hal ini penting bagi mengelakkan anak-anak rasa terpinggir. Akibatnya anak-anak akan mula meraih kasih sayang dan perhatian pihak lain termasuk rakan sebaya atau Bangla dan Indon di luar sana. Lebih-lebih lagi anak-anak yang sedang meningkat remaja. Rasanya anak-anak kecil macam Anfaal dan Hanan pun tidak terkecuali apabila adakalanya cakap pengasuh atau cikgu tadika dia lebih didengar daripada cakap kita.
 
Pada pandangan saya, sebaik-baiknya ibu bapa perlu habiskan seberapa banyak masa yang ada bersama anak-anak. Tambah pula bagi ibu bapa yang bekerja dari pagi hingga petang seperti saya. Mungkin ada sesetengah orang mengatakan masa yang singkat bersama anak-anak pun tidak menjadi hal asalkan masa itu berkualiti, namun perlu diingat mungkin kualiti itu cuma pada nilaian kita ibu bapa sahaja tetapi bagi anak-anak tidak. Justeru, saya berusaha sedaya upaya untuk menghargai dan menikmati setiap detik bersama Anfaal dan Hanan meskipun sekadar main-main berlakon jadi pengantin atau main jual-jual. Kadang-kadang seronok juga apabila melayan karakter keanak-anakkan dalam diri kita. Boleh hilangkan tekanan sekejap.
 
Ini dia dua orang model cilik untuk pakaian pengantin (pelik). Seorang dengan fesyen belit-belit ala burqa Pakistan dan seorang lagi ala selebet dengan tuala mandi dan patung Bunny..kira cantik la tu..konsep yang ingin diketengahkan oleh pereka fesyen ialah yang penting menutup aurat.


3 comments:

Mulan said...

betol.. zaman dulu tak macam sekarang.. walau teknologi semakin canggih, keutuhan ikatan keluarga mesti lagi dijaga..anak2 akan blame orang tua jika tidak puas hati.. tak macam dulu, kita ikut je kata orang tua..

free font said...

Assalamu alaikum 0_0
salam kenal

hazlinsuraya said...

kak long..comelnyya lah budak berdua tu.pakai pakaian pengantin pelik.Boleh digunakan sebagai design baju pengantin alin nanti(mcm lah nak kawen dah,hehe).bile nak balik raub.rindukan kat si anfal n hanan..huhu.