Wednesday, September 2

Indahnya Hidayah Untuk Rozita


www.sinarharian.com.my/archive/230809/com/story3100097.asp

Tenang sekali tatkala membaca berita tentang salah seorang tokoh produk kecantikan terkenal iaitu Puan Rozita Ibrahim. Beliau kini telah berjilbab dengan sempurna bahkan turut memakai niqab bagi memelihara kesucian hatinya. Kalau sebelumnya beliau tidak bertudung tetapi alhamdulillah selepas perniagaannya mula berjaya, beliau telah memilih untuk bertudung. Namun dari aspek penjagaan aurat masih ada yang kurang dan kini alhamdulillah hidayah Allah sekali lagi mengetuk pintu hatinya. Siapa sangka hidayah akan singgah di hatinya sehingga beliau berubah sedemikian rupa?Syukurlah dan alangkah seronoknya jika lebih ramai selebriti, artis atau tokoh-tokoh kecantikan seperti beliau yang berani melakukan perubahan ke arah menjaga aurat dengan sempurna. Beliau juga berani menyatakan kepada masyarakat bahawa sungguhpun selama ini beliau telah menutup aurat tetapi hakikatnya masih 'berbogel' kerana mengenakan pakaian yang ketat, mengikut bentuk badan dan bersolek untuk tatapan umum. Bukan mudah hendak mengakui kesilapan sendiri melainkan mereka yang benar-benar ikhlas dan bertekad hendak berubah. Saya mendoakan agar Puan Rozita akan terus istiqamah dalam menjaga aurat dan menyumbangkan hartanya ke jalan Allah.

No comments: