Bagaikan baru sahaja melangkah ke bulan Ramadhan, belum puas lagi rasanya menikmati barakah dan kedamaiannya. Tidak cukup rasanya sebulan tempoh untuk merebut pahala sebaik mungkin. Tambah pula apabila jadi orang perempuan ini banyak pula hari yang terpaksa 'bercuti' puasa dan ibadah lainnya.
Sekadar ingin mengabadikan antara detik-detik manis Ramadhan 1430H.
Iftar bersama anak-anak buah usrah di rumah ukhti Sarah. Tadarus dan iftar bersama mentee-mentee di kolej.
Iftar bersama warga kerja kolej di Restoran Laksamana Cheng Ho, Ipoh.
Ramadhan..hadirmu dirindui, pergimu ditangisi, moga kita dapat bertemu lagi nanti.
No comments:
Post a Comment