"Wahh..pandainya budak ni." Itu reaksi pertama saya ketika membaca sebuah laman web tentang seorang kanak-kanak perempuan di Amerika yang baru berumur sepuluh tahun tetapi sudah bergelar pereka fesyen yang sebenar. Bukan yang main-main lukis atas kertas sahaja seperti ketika saya kanak-kanak dahulu.
Cecilia Cassini nama budak perempuan ini dan produk-produk pakaian yang dikeluarkannya juga turut menggunakan jenama yang sama. Ketika budak perempuan seusia yang lain sibuk bermain anak patung dan mengulum gula-gula, dia pula sibuk menjahit dan lebih tertarik ke kedai fabrik. Pastinya budak ini seorang yang genius dan istimewa. Menurut laman yang saya baca itu, Cecilia mula menunjukkan minat terhadap fesyen dan jahitan sejak berusia 3 tahun dan mula belajar menjahit sejak umurnya 6 tahun selepas neneknya menghadiahkannya sebuah mesin jahit.
Saya yakin kita di Malaysia ini pasti berasa pelik sekiranya tiba-tiba ada anak-anak kita yang berusia empat lima tahun hendak belajar menjahit..pastinya budak itu akan dimarahi dan disuruh belajar buku bacaan tadika ataupun disuruh mengaji Iqra' agaknya..Hendak dekat dengan mesin jahit pun dilarang apatah lagi memegang jarum yang tajam. Iyalah, sistem pendidikan negara kita adalah berasaskan peperiksaan dan tidak meraikan kanak-kanak atau individu yang mempunyai kelebihan yang bukan bersifat akademik. Hakikatnya, kecerdasan dan kepintaran itu hadir dalam bentuk yang pelbagai. Kurniaan Allah terhadap seseorang itu juga bukankah berbeza?
No comments:
Post a Comment