Tuesday, June 29

Rumahku Syurgaku

Sejak mendirikan rumahtangga dan tinggal berjauhan saya jarang sekali dapat menghabiskan masa bersama ibu dan adik-adik. Justeru, cuti yang baru berlalu telah kami manfaatkan untuk rehlah keluarga di kawasan air terjun. Kebetulan adik saya yang belajar di UK juga pulang bercuti. Emak yang sudah lama tidak mandi sungai pun akhirnya turut menyertai kami yang kesejukan berendam di dalam air. Semoga Allah merahmati keluarga kami.
Sempat bermesyuarat di dalam sungai..huhu:))



Saturday, June 26

Apabila Mama Yang Tidak Sihat

Kalau anak-anak sakit atau tidak sihat, mama dan baba boleh jaga. Paling tidak boleh bergilir-gilir berjaga pada waktu malam kalau perlu. Kalau baba yang tidak sihat pun tidak jadi masalah besar sangat sebab selalunya golongan bapa ini jarang jatuh sakit. Tetapi apabila mama yang tidak sihat, haru-biru juga urusan anak-anak. Bukan hendak menafikan peranan golongan bapa tetapi lazimnya perkara-perkara terperinci tentang urusan anak-anak dan hal ehwal rumahtangga diuruskan oleh ibu. Di mana letak baju sekolah anak? Berapa helai baju yang perlu dibawa ke rumah pengasuh? Golongan bapa jarang ambil pusing soal-soal remeh sebegitu. Oleh sebab itu lah saya selalu berdoa agar Allah pelihara kesihatan saya. Bukan kerana saya takut sakit tetapi saya bimbang kalau saya sakit atau tidak sihat, kasihan kepada suami dan anak-anak. Saya yakin naluri ibu majoritinya begitu. Mendahulukan keperluan keluarga berbanding diri sendiri. Mujurlah ketika saya tidak sihat selama beberapa hari baru-baru ini akibat sakit kepala dan gastrik yang teruk saya masih sedang bercuti. Jika tidak, bertambah lagi susah hati kerana tugasan di tempat kerja pula tertangguh dan tidak selesai. Apapun saya redha dengan penyakit dan gangguan kesihatan yang berlaku. Penyakit juga salah satu kifarah atas apa jua dosa yang telah dilakukan. Hakikatnya, kita hanya insan lemah lagi rapuh yang berhak diperlakukan oleh Allah menurut ketentuanNya. Pasti segala ketentuanNya adalah yang terbaik buat kita. Alhamdulillah.


Monday, June 14

Daya Penarik

Sebenarnya saya agak jarang juga berkesempatan untuk melakukan 'blog hopping' ketika melayari Internet. Lazimnya, saya sekadar memeriksa dan membaca e-mel dan kalau ada idea serta 'mood' saya akan mencatat sesuatu di sini. Rupa-rupanya ramai blogger yang kreatif  dan baik hati menganjurkan peraduan serta 'giveaway' di blog masing-masing. Ini antara strategi menambah kenalan dan menjadi daya tarikan bagi mereka yang mempunyai 'blogshop'. Saya tidak melepaskan peluang menyertai 'giveaway' di blog teman blogger baru saya ini. Ramai juga yang menyertainya. Iya lah, siapa yang tidak suka mendapat hadiah percuma? Di samping itu dapat juga menambah kenalan dan memanjangkan silaturrahim. Jika berminat dengan set minum teh di sebelah, boleh lah menyertai 'giveaway' di kedai CikguSity.

Sunday, June 13

KID'S FUN TIME CONTEST BY FUNZ-UNIVERSE & SIMFONIKASIH.NET




Ini gambar Hanan yang diambil oleh kakak dia Anfaal. Waktu ini kami sedang bersiap-siap untuk keluar ke program di masjid UTP. Sementara menunggu, Hanan sempat lagi bermain dengan 'kawan-kawan' kesayangannya iaitu Teddy, Tweety dan Miow. Yang dipegang itu ialah 'mini puppet' yang dibuat sendiri diberi nama Linda dan Razif (tak tahu lah daripada mana dapat idea nama-nama tu;).





THIS CONTEST IS BROUGHT TO YOU BY
http://funz-universe.blogspot.com & www.simfonikasih.net"


Friday, June 4

Menarik juga IIUM. fm

Buat para penagih Internet yang kerap melayari laman web, sekarang boleh lah berbuat demikian sambil mendengar radio Internet Universiti Islam Antarabangsa. Bagi saya ia merupakan satu lagi alternatif siaran radio yang baik dan memperdengarkan hiburan mendidik jiwa. Syabas kepada mereka di sana yang berusaha mewujudkan radio ini. Semasa memandu kereta memang 'by default' frekuensi yang menjadi pilihan saya ialah 102.7 tetapi di rumah kami tidak ada radio jadi sekarang boleh dengar radio IIUM. fm di komputer ini.  Bukan senang hendak jaga sepasang telinga ini supaya mendengar perkara yang baik-baik sahaja. Hendak jaga hati kena lah bermula dengan jaga lima deria yang Allah anugerahkan.