Saturday, November 21

Masa Oh! Masa

Beberapa minggu ini saya begitu kepenatan sekali. Secara fizikal dan mental. Seolah-olah tidak cukup waktu selama 24 jam sehari yang dikurniakan Allah. Pada kebanyakan hari, pasti kelopak mata saya seakan-akan tidak mampu diangkat lagi sebaik selesai Isya'. 'Mood' untuk menulis juga jadi luntur dek kesibukan mengejar waktu. Lantaran pelbagai agenda penting yang berlaku dan bakal berlaku dalam tempoh 2 bulan ini ada kaitannya dengan diri saya. Maka, mahu tidak mahu perlu lah saya berkorban sementara menunggu cuti yang bakal tiba insyaAllah. Sesungguhnya tanggungjawab kita umat akhir zaman ini memang terlalu banyak berbanding masa yang ada. Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga setiap detik waktu ini mendapat keberkatan daripadaNya.



2 comments:

NurulIzza said...

SALAM MAMA HANAN

memang kalau dh bergelar ibu berkerjaya pulak (mama cikgu), masa sangat terhad. Mama dulu anak 7 orang-setahun seorang. Kami tak ada maid, jd mama lepas maghrib tengok buku anak-anak lepas tu mesti tidur. Bangun pulak jam 4 pagi, masak utk sarapan dan makanan tengah hari kami, basuh kain, sangat kesian.

tapi itulah ibu, setitik peluh dan sesaat masa perlu dikorbankan buat anak-anak tercinta. (bila tulis ni sangat ,merindui mama di kelantan.hu~`)

Terkadang kain tak terlipat, mana nak sempat balik sekolah jam 4. nak rehat lagi. masak utk makan malam lg. Sedih je bila tgk mama masa tu, tapi alhamdulillah sekarang mama seorang dirumah -anak2 semua masuk university.berkat doa ibu..

bila saya sibuk dna penat, rasa malas sangat terus ingt pada mama. sepenat mana pon.tak pernah mengeluh.dialah idol, dialah ratu hati..

MamaHanan said...

Itulah..kalau sudah namanya ibu, soal penat terpaksa diketepikan. Memang berbeza sangat berbanding sewaktu masih bujang dahulu. Kalau penat tu memang sudah tak boleh buat apa-apa rasanya.

Ibu dan isteri yang bekerja - kerjaya yang paling mencabar dan perlukan kekuatan mental lebih daripada kudrat fizikal. Hanya mereka yang kuat iltizam dan sanggup berkorban sahaja boleh menceburkan diri dalam kerjaya ini:)