Wednesday, January 6

Menyambut 2010 Di Hospital

Begitu pantas masa berlalu. Minggu ini sudahpun tahun 2010. Ketibaan tahun baru hijrah dan masihi yang baru ini pastinya lebih mencabar. Ujian pertama tahun ini telahpun saya lalui dimana terpaksa menjalani pembedahan artroskopi di lutut kiri. Semuanya gara-gara kecederaan yang saya sangkakan kecil rupa-rupanya serius juga. Empat hari di hospital Pantai bertemankan suami dan anak-anak yang sentiasa di sisi. Turut bertemankan mama naqibah yang setia melayani karenah saya di hospital ternyata merapatkan lagi ukhuwwah antara kami insyaAllah. Emak, adik serta keluarga di kejauhan pun tidak berhenti mendoakan dan kerap menghubungi bertanyakan khabar kesihatan saya. Tidak lupa juga akhawat yang datang menziarah dan mengirim doa serta ucap takziah melalui e-mel dan telefon. Peristiwa ini menyedarkan saya bahawa perlunya saya banyak bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang sebaik mereka. Saya pernah terbaca suatu mutiara kata "jangan sesekali membandingkan hidup anda dengan orang lain kerana anda tidak tahu apa yang dilalui oleh orang itu". Sesungguhnya ada ramai lagi insan di luar sana yang kurang malah tidak bernasib baik namun kita masih bertanya kenapa hidup kita seperti ini?



Bahagian medial meniskus lutut kiri saya yang koyak yang dikeluarkan oleh doktor. Nampak macam kertas tisu yang hancur. Mujurlah saya memilih untuk dipengsankan saja sepanjang pembedahan. Tidak sanggup rasanya melihat doktor-doktor itu 'mengorek-ngorek' lutut saya.





2 comments:

umi adnin said...

Salam Faiz,

Syafakillah. Maaf tak dapat ziarah faiz, dzilal dah ke kedah masa tu.nabihah nak start skolah.Adik dzilal, Miqdad ada bagitahu, hanya dapat doakan faiz dari kejauhan. Moga lebih sihat dan kuat selepas ini =)

MamaHanan said...

Tak apa, faiz faham situasi dzilal n family petang tu..emy dah cerita kat faiz:)semoga bahagia di mukim yg baru.