Thursday, October 15

Jom Kita Beri Sokongan

Pulang dari tempat kerja kelmarin saya singgah di kedai runcit Rahmath, kedai yang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar kawasan tempat tinggal saya ini. Capai sahaja beberapa barang yang sudah ada dalam fikiran. Saya lalu di tepi peti sejuk aiskrim dan tiba-tiba teringat pula hendak belikan sesuatu untuk anak-anak kecil saya yang berdua itu. Hajat hendak membeli aiskrim di situ saya batalkan kerana teringatkan sesuatu. Lantas saya terus saja ke kaunter dan membuat bayaran. Selesai menjemput anak-anak di rumah pengasuh, kami singgah di stokis HPA dan membeli aiskrim di situ. Itulah hal yang saya teringat tadi. "HPA kan ada jual aiskrim!" Aiskrim Toyyibah ini terjamin halal tanpa gelatin. Rasanya pun pada pandangan saya lebih sedap dan lebih berkrim. Hanan kalau makan aiskrim ini susah hendak berhenti. Hendak suap sendiri pula tu. Habis comot satu badan terpalit aiskrim.

Setakat ini cuma perisa vanila saja yang belum kami cuba. Perisa kopi Radix agak pahit sedikit jadi tidak begitu digemari oleh anak-anak. Khabarnya ada perisa baru tetapi masih belum terdapat di stokis di sini lagi. Mesti rasanya lebih sedap. Apabila makan pun tiada rasa ragu-ragu, dapat makan dengan tenang dan tanpa rasa bersalah.


Sedekad dua yang lalu mungkin kita tiada pilihan. Sejak zaman atuk nenek kita lagi jenama-jenama seperti Nestle, Colgate, Pampers, Milo dan Maggi sudah sebati dengan kehidupan seharian. Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh jenama-jenama ini cukup kuat. Sehinggakan pada zaman sekarang pun kita masih merujuk
ubat gigi sebagai Colgate walaupun sebenarnya ia jenama lain. Begitu juga dengan Pampers. Apa juga jenis lampin pakai buang yang anak-anak pakai pun orang masih menyebut ia sebagai Pampers.

Alhamdulillah sekarang sudah timbul kesedaran bahawa kita perlukan produk yang dikeluarkan oleh orang Islam sendiri. Maka, ramai pengusaha dan usahawan Muslim yang mula mengorak langkah menunaikan fardhu kifayah dengan menghasilkan produk alternatif. HPA salah satu daripadanya. Tahniah kepada mereka dan semoga Allah memberi ganjaran yang baik atas usaha yang dilakukan. Sekarang tidak payah beli Milo atau Nescafe, kita boleh minum koko dan kopi Radix. Lagipun jenama-jenama biasa itu keluaran syarikat Israel. Mesti kita boikot dan elakkan selagi mampu.

Untuk bersugi sudah ada ubat gigi Mukmin yang halal dan tanpa fluorida. Fluorida yang berlebihan sebenarnya boleh mendatangkan mudarat. Cuma masyarakat kita saja yang sudah terbiasa dan terpengaruh dengan iklan televisyen. Saya dapati HPA pun sudah ada keluarkan lampin pakai buang yang boleh menggantikan Pampers dan Huggies (buatan Israel). Pilihan lainnya gunakan cloth diapers moden yang lebih mesra alam dan menjimatkan wang bagi tempoh jangka panjang. Selain HPA ada pelbagai lagi produk jenama Muslim terdapat di pasaran sebagai contohnya Az Zain, Halagel, Hiraq, Mukmin, Adabi, Ramly dan macam-macam lagi.

Pernah saya mendengar orang berkata "Bolehke kita bantu Islam dengan beli produk ni?" Jawapannya tentu saja boleh. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Walau sekecil mana pun usaha kita ia tetap dikira menyumbang untuk agama Allah. Memanglah ada sesetengah produk yang lebih mahal berbanding jenama biasa tetapi lama-kelamaan tentu harganya dapat dikurangkan jika permintaan semakin meningkat.

Justeru, kita sebagai pengguna Muslim seharusnya tidak boleh beri alasan lagi yang kita tiada pilihan.
Tambahan pula pada masa kini logo halal sahaja tidak dapat menjamin bahawa produk itu benar-benar halal dan suci. Marilah sama-sama sokong produk keluaran Muslim. Kalau orang Islam sendiri tidak membeli produk keluaran orang Islam bagaimana hendak mengharapkan orang bukan Islam untuk membelinya?

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum mamahanan.

oh, tak sangka hpa dah produk baru. kakchik baru je tadi pergi beli radix cola takde pulak ternampak produk yang ni.

mesti... mesti kena sokong ni. kalau bukan kita siapa lagi kan?

bila dah ada aiskrim ni, tak payah la beli yang org bukan Islam, elok beli yg hpa aje.

MamaHanan said...

Wa'laikum salam,

Betul tu kak chik..saya dulu pun x tahu juga HPA dah ada byk produk.lps tgk kat website baru tahu..bukan setakat aiskrim je yg ada, coklat, bby food, diapers, nuget, sate dan byk lg la..boleh kata 3/4 brgn rumah dah ada HPA keluarkan. Cuma mungkin kurang publisiti.