Tentang kehidupan, impian dan manifestasi lafaz ikrar kita setiap hari terhadap Yang Maha Pencipta
Thursday, November 5
Ceria Bersama Keluarga Besar
Saat-saat kesibukan menyemak tugasan dan ujian bermula lagi. Begitulah rutinnya setiap kali menjelang hujung semester. Kesibukan urusan tugas hakiki tidak menghalang waktu untuk bersantai seketika. Sekadar menghilangkan lelah lima hari seminggu di tempat kerja. Mujur tahun ini tarikh hari keluarga tempat kerja saya dan suami tidak bertembung lagi seperti tahun-tahun sudah. Sememangnya terkandung pelbagai manfaat daripada amalan sambutan hari keluarga tempat kerja. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan seperjuangan, dapat pula mengenali ahli-ahli keluarga mereka dalam suasana santai dan ceria.
Lokasi yang dipilih pada tahun ini ialah di Lost World Of Tambun. Warna biru menjadi warna tema. Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga ke sana walaupun sudah beberapa kali melalui kawasan tersebut tidak lama dulu. Jika ke tempat-tempat begini kanak-kanaklah yang paling seronok. Sebaik masuk, Anfaal dan Hanan sudah tidak sabar hendak mandi di pantai buatan yang dibina. Anak-anak staf yang lain pun sama sehinggakan akhirnya acara sukaneka untuk kanak-kanak tidak lagi mendapat sambutan.
Naik pening pula kepala setelah hampir sehari suntuk berprogram di situ. Manakan tidak, pusing depan, belakang, kiri atau kanan 'bersepah' orang-orang mendedahkan aurat masing-masing. Yang bukan Islam itu suatu hal, yang Islam pun tanpa segan silu berjalan di khalayak ramai dengan hanya berbaju mandi..masyaAllah. Tidak fasal-fasal pula dapat 'dosa kering' bak kata orang tu. Namun kali ini sudah jadi 'dosa basah' pulalah nampaknya sebab berada di taman tema air!
Selesai menunaikan yang fardhu, kami berjalan kaki ke kawasan zoo mini di bahagian belakang. Lebih baik lihat haiwan yang sudah tentunya dijadikan Allah tidak berpakaian. Kemudian dapatlah merasa menaiki keretapi mini selepas menjenguk 'Pak Belang' yang pernah disiarkan dalam rancangan Majalah 3.
Keesokan harinya kami ke Taman Herba Papan di Batu Gajah bagi merai hari keluarga tempat kerja saya pula. "Amboii..hujung minggu ini berjalan-jalan saja kome ye!." Usik jiran di sebelah rumah semasa hendak keluar pagi itu. Saya hanya tersenyum mengiyakan. Bukannya selalu dapat peluang begini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Assalamualaikum warahmatullah,
Seronoknya!
Seronok melihat keluarga bahagia...
Semoga diberkati dan dirahmati Allah selalu...Amin
Salam.
Wahhh~ bestnya jalan-jalan! Oh, tak tahu pula ada mini zoo belakang Tambun tu. Ehe, lepas ni kena pergi lagi :P
Kepada makcik Umi,terima kasih sudi menjengah blog saya yang tidak sepertinya ini. Betul kata makcik. Seronok bila sudah mula menulis. Jadi ketagih :) Sedang mencari kekuatan menyiapkan artikel dan karya yang lebih panjang pula. Doakan ya.
To filz, petting zoo tu baru siap kalau tak salah. Akak pun rasa macam nak pergi lagi..nak rasa naik pelampung besar pulak;)
Sukenye~~ teruja~~ tapi bilalah nak balik..tggu jela. kan mamahanan?
Post a Comment